Saturday, September 29, 2012

Emotional


emosi tergangu,fikiran bercelaru,banyak benda yang nk difikir,lebih penting,tapi ade setengah perkara yang membuat aku rase ape lagi yang sesetengah manusia tidak berpuas hati dengan hidup.just pretend nothing but somehow i will think about it..i just wanne be happy with you..if we cant live together..its ok..im fine with that..go on with that..i dont want people to disturb me..im begging..

Tuesday, May 22, 2012

Seronok Couple

@bagi semangat waktu exam

masa ni perasaan you alls akan lega sangat sebab cik awek/ cik abang awak bagi motivation dekat awak, stress pun dah hilang. segunung beban pun lenyap macam tu je, malam exam je call, lepas exam je call, cewah sweet betul lah you alls ni. Motivate ea bang?

@share susah &senang bersama

you sangkut duet pinjam lah cik awek punya, bila cik awek lapar mulalah merengek dekat cik abang mintak pergi belikan makanan. owh so sweet lah. bila salah sorang dari you alls sedih sebelah pihak pun mula pujuk-memujuk, kitakan couple, kenalah saling memahami ye dak? bila happy sama-sama kita pun enjoy lah pergi dating bersama-sama.

@penawar kebosanan

masa you alls bosan-bosan kan, mesti bergayut dengan pakwe/makwe you alls kan? rasa sehari tak bergayut alahai tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Kesian.


@bangga berstatus TAKEN

single? ewww. tak laku lah tu. kalau ada couple ni baru lah laku.


@boleh jaga diri kita

Eh kalau kita couple, ada cik abang boleh jaga kita taw. SO safe sikit. Sekarang ni macam-macam, banyak kes, kes ragut lah, kes culik lah, kes rogol la eish seram taw. Baik you alls beware. Ada encik boyfie selamat sikit



                                                         WAIT!!!!




@Kenapa perlukan pasangan (yang belum sah) nak jadi pemberi semangat kita?owwh, konon call malam-malam sebelum exam tu sweet lah? boleh naik pointer kot. Kita terlupa seperkara, kita lebih ingat kebahagiaan terletak di tangan manusia sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Tengah exam, tatkala memanjatkan doa itulah kebahagiaan abadi, apabila kita bangun tahajud malam-malam, itulah rahsia ketenangan jiwa yang kita dambakan. Sungguh, tiada seorang manusia pun mampu memberikan ketenangan seperti itu hatta pasangan yang paling kamu cintai itu. Berbahagialah dengan Allah.

@Apabila kita kuatkan pergantungan dengan Allah, bila kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita tak kisah, sebab dia kata; takpe, Allah ada. Cukuplah Allah bagiku. Jangan ingat kita bersendirian di dunia ni. Tak ada insan untuk berkongsi susah dan senang. Allah mendengar setiap masa, tadahlah tanganmu untuk memanjatkan doa kepada Allah kerana dia mendengar setiap rintihan dan keluhanmu. 

So single out there, say alhamdulillah, I’m the chosen one. HE is writing my love story. =) Status TAKEN tak bermakna apa-apa andai cinta itu akan melalaikan kita..when da day has come..u will get your own  
love story until last breath..


Bangun wan!!


(Kalaulah kita tahu setiap selepas kegagalan akan ada kebahagiaan, kita tidak perlu penat menangis hiba. Kalaulah kita tahu, kita tidak layak mengatur hidup sendiri dengan mengharap semuanya baik-baik sahaja, pasti kita redha dan ikhlas menerima setiap apa yang telah ditakdirkan. )

Percaya atau tidak, actually selepas kegagalan/kesedihan yang menggunung tinggi, sebenarnya, kegagalan itulah yang mendidik diri. Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Ujian itulah yang bakal mendidik dan menjadikan diri seseorang itu hebat. Nak jadi orang hebat? perlulah merasai dulu peritnya berjuang, pedihnya kehidupan. kalau mengeluh saje, don't expect much lah dalam hidup.



Seseorang yang kita lihat, begitu hebat peribadinya. Jangan sangka dia tidak pernah melalui detik-detik kejatuhan dalam dirinya. Malah, kejatuhan itu membuatkan dia kembali berazam untuk mencerahkan kehidupannya. Seseorang yang gembira tertawa ceria, jangan sangka dia sebenarnya pernah menangis setiap hari kerana kekecewaan. Kesedihan itu lalu membangkitkan dirinya sendiri untuk mencorakkan kehidupan yang lebih hebat di masa akan datang.



Anda pernah merasa bagaimana peritnya gagal mendapatkan sesuatu yang kita idamkan? Well actually, Allah sedang mendidik diri kita. Dia tidak memberikan apa yang kita mahu tapi dia memberikan apa yang kita perlu. Jika apa yang kita idamkan itu tidaklah begitu baik buat diri kita, maka Allah berikan kegagalan. Then, apabila kegagalan itu yang kita selalu sedih-sedihkan, bagitahu pada diri sendiri, selepas kesedihan/kekecewaan, Allah akan berikan aku bahagia. This is very true. Membuatkan diri kita berjaya in life. Nak senang-senang je? hello, itu bukan life namanya.

Anda pernah rasa frust bercinta? Peritnya kasih sayang yang bergunung-gunung dibina tapi tidak kesampaian? Itu tandanya, dia bukanlah yang terbaik untuk masa hadapan kita. Mungkin pandangan sebagai manusia, dialah yang terbaik yang pernah hadir dalam diri kita, but Allah said dia bukanlah yang terbaik buat diri kita. Orang yang terbaik itu hanya muncul setelah bertahun lama kita kecewa dan kesedihan sehingga cinta itu ibarat terpenjara dalam hati. Kita mengeraskan hati agar membutakan cinta biar diri sendiri tidak terpengaruh lagi. Kekecewaan dan kesedihan itulah yang menjadikan diri kita hebat. Keperitan itulah yang menjadikan diri kita tabah setiap hari. Sehingga orang jadi kagum.



Hidup ini ada atas dan bawah. Macam roda. Once kita berada di atas, once kita berada di bawah. Jangan rasa selesa sangat. Kalau kita rasa sekarang kita bahagia, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kesedihan. Kalau sekarang kita rasa berjaya, ingatlah suatu hari nanti kita akan diuji dengan kegagalan. Hidup ini adalah ujian. Gagal tak bermakna kita gagal selamanya. Sedih tidak bermakna sedih berpanjangan. Sediakanlah ruang untuk kita sendiri menghargai kebahagiaan.

Apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi detik-detik kejatuhan? Just think positive. Dekatkan diri dengan Allah. This is the only treatment yang memang sangat success untuk mencantumkan hati yang berkecai. =’) Hanya Allah sahaja yang mempu mencantumkannya kembali. Sangat rugi if kita handle kesedihan kita dengan terus memusnahkan diri, menyakiti diri sendiri dan berkabung terlalu lama. Just remember, kesedihan dan kekecewaan itulah yang menjadi guru dalam kehidupan kita. Kenapa perlu bersedih terlalu lama? Menangis setiap hari itu bukankah akan menyakiti diri sendiri je? Move on.

Monday, May 14, 2012

Biarkan dia pergi

kita dah cuba untuk menzahirkan rasa sayang...
kita dah cuba untuk menunjukkan rasa cinta..
kita dah cuba untuk memperbaiki kelemahan..
kita dah cuba untuk buat dia rasa istimewa..
kita dah cube untuk jadi yang terbaik di kalangan terbaik..
..
..
..
..
..
..
..
namun....
hakikat nya kita masih kehilangan..
ade kekurangan dalam diri..
yang masih perlu diperbaiki..
biarkan dia pergi,lupekan semua perkara yang telah berlalu..
hidup ibarat pengembaraan..kter akan terus mencari dan terus mencari sehingga kter jumpa sesuatu yang kter rase terbaik dalam hidup kter..anugerah yg terhebat yang pernah kter dpt..
tapi dalam kter mencari yang terbaik,kter akn menempuh pelbagai dugaan..cabaran yang akan mematangkan diri sebagai hamba nya..percayalah..biar kan dia pergi..
beri dia peluang belajar sesuatu iaitu rase BERSYUKUR..
terima hakikat yang dia bukan dengan kita..kita bkn yang terbaik untuk memiliki..percaya la..suatu hari nanti..akan datang jodoh yang terbaik..

SABAR IZWAN ZAMRI


perlu bangkit..



Seseorang yang ‘putus cinta’ biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan Tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Ada satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah. :)

S E T I A



Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redhalah…



Sunday, May 13, 2012

R E D H A!!



Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..

Berterima kasihlah pada orang yang telah..
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT…
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA…
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)