Tuesday, May 22, 2012

Seronok Couple

@bagi semangat waktu exam

masa ni perasaan you alls akan lega sangat sebab cik awek/ cik abang awak bagi motivation dekat awak, stress pun dah hilang. segunung beban pun lenyap macam tu je, malam exam je call, lepas exam je call, cewah sweet betul lah you alls ni. Motivate ea bang?

@share susah &senang bersama

you sangkut duet pinjam lah cik awek punya, bila cik awek lapar mulalah merengek dekat cik abang mintak pergi belikan makanan. owh so sweet lah. bila salah sorang dari you alls sedih sebelah pihak pun mula pujuk-memujuk, kitakan couple, kenalah saling memahami ye dak? bila happy sama-sama kita pun enjoy lah pergi dating bersama-sama.

@penawar kebosanan

masa you alls bosan-bosan kan, mesti bergayut dengan pakwe/makwe you alls kan? rasa sehari tak bergayut alahai tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah. Kesian.


@bangga berstatus TAKEN

single? ewww. tak laku lah tu. kalau ada couple ni baru lah laku.


@boleh jaga diri kita

Eh kalau kita couple, ada cik abang boleh jaga kita taw. SO safe sikit. Sekarang ni macam-macam, banyak kes, kes ragut lah, kes culik lah, kes rogol la eish seram taw. Baik you alls beware. Ada encik boyfie selamat sikit



                                                         WAIT!!!!




@Kenapa perlukan pasangan (yang belum sah) nak jadi pemberi semangat kita?owwh, konon call malam-malam sebelum exam tu sweet lah? boleh naik pointer kot. Kita terlupa seperkara, kita lebih ingat kebahagiaan terletak di tangan manusia sedangkan Allah sentiasa ada dekat dengan kita. Tengah exam, tatkala memanjatkan doa itulah kebahagiaan abadi, apabila kita bangun tahajud malam-malam, itulah rahsia ketenangan jiwa yang kita dambakan. Sungguh, tiada seorang manusia pun mampu memberikan ketenangan seperti itu hatta pasangan yang paling kamu cintai itu. Berbahagialah dengan Allah.

@Apabila kita kuatkan pergantungan dengan Allah, bila kita duduk sorang-sorang dekat dunia ni pun kita tak kisah, sebab dia kata; takpe, Allah ada. Cukuplah Allah bagiku. Jangan ingat kita bersendirian di dunia ni. Tak ada insan untuk berkongsi susah dan senang. Allah mendengar setiap masa, tadahlah tanganmu untuk memanjatkan doa kepada Allah kerana dia mendengar setiap rintihan dan keluhanmu. 

So single out there, say alhamdulillah, I’m the chosen one. HE is writing my love story. =) Status TAKEN tak bermakna apa-apa andai cinta itu akan melalaikan kita..when da day has come..u will get your own  
love story until last breath..


No comments:

Post a Comment